KAMUS MELAYU - INGGERIS DEWAN (Hard Cover)
Kamus ini mengandungi 38 500 entri dan subentri. Pemilihan entri dan subentri dibuat berasaskan tiga kamus ekabahasa bahasa Melayu terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua dan takrif atau huraian bagi entri dan subentri diolah semula berdasarkan analisis korpus DBP.
Tumpuan utama kamus ini ialah kata umum yang standard dalam bahasa Melayu. Namun, untuk mencerminkan penggunaan bahasa yang kontemporari, serta untuk keperluan profesional, kamus ini memuatkan juga sejumlah kata teknikal dan istilah dalam pelbagai bidang seperti yang sering ditemui di akhbar dan dalam media massa, dan yang digunakan dalam mata pelajaran berkaitan di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Kata teknikal dan istilah diambil daripada kamus dan glosari istilah terbitan DBP. Cakupan kamus ini juga merangkumi kata yang berkaitan dengan makanan, peralatan, tumbuhan, haiwan dan agama, yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini.
RM179.00 RM143.20
Out of stock
ISBN
9789834608743
CATEGORY
Dictionary 辞典/字典
LANGUAGE
English
Number of Pages 页数
1783
Book Format
Hard Cover
Printing 印刷
Black and White 黑白
Language 语言
Malay, English
WEIGHT
1.9 KG
DIMENSIONS
18 × 6.5 × 25 cm
