Siri Kamus Bergambar Cemerlang ini diterbitkan bersesuaian untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah. Siri ini terdiri daripada 4 judul, iaitu:
– Sinonim & Antonim (Kata Sama & Kata Lawan)
– Simpulan Bahasa
– Penjodoh Bilangan dan Kata Banyak Makna
– Himpunan Peribahasa
Judul-judul ini dirancang dan diolah berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KSSR yang terkini. Siri ini diterbitkan bagi mengukuhkan pembelajaran Bahasa Malaysia secara lebih berkesan.
Setiap judul disusun dan disampaikan dalam format yang ringkas, padat dan disertakan dengan contoh-contoh ayat yang mudah difahami. Malah, reka letak dan ilustrasi yang digunakan disusun dan disediakan dengan teliti dan menarik untuk kanak-kanak dan pelajar.
Buku ini sememangnya sesuai sebagai sumber rujukan yang memenuhi kehendak kanak-kanak dan pelajar. Penerbitan Siri Kamus Bergambar Cemerlang ini diharap dapat memberi manfaat dan membantu kanak-kanak dan pelajar untuk menguasai pelajaran Bahasa Malaysia.