Kanak-kanak yang baru belajar membaca memerlukan bantuan dalam bentuk visual untuk mengukuhkan kemahiran bacaan mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak pada tahap ini mendekati halaman bertulis dalam bentuk visual. Mereka merujuk ilustrasi sebagai petunjuk cerita dan menghafal perkataan dan pembentukan perkataan untuk membantu mereka dalam pembacaan. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, Siri Bacaan Kata Kunci Cerita Dongeng menggunakan ilustrasi yang menraik untuk membantu kanak-kanak mengenali kata kunci setiap cerita.
Ibu bapa juga boleh mengambil bahagian dalam pembelajaran kanak-kanak dengan membaca kepada mereka. Sebagai tambahan, ibu bapa boleh meminta kanak-anak tersebut menunjukkan kata kunci yang terdapat di dalam cerita dan menyuruh mereka mengeja kata kunci tersebut.