Look Inside

Projek Dekor-dekor Ain Maisarah

RM18.00 RM10.80

1 in stock

SKU: 9789670411170 Categories: ,

Malunya tidak terperi, memang merah pipi! Mana hendak diletak muka lagi? Di Sekolah Sri Bangsar, tingkatan 4D diumumkan sebagai kelas terkotor selama lima kali berturut-turut. 4D kini diberi jolokan ~ Tingkatan 4 Daki. Alisha selaku ketua tingkatan, terpaksa naik pentas dan menerima hadiah penyapu tanda sindiran!

Akibatnya, guru kelas mahu membatalkan rombongan tahunan. Ugutan tersebut membuatkan Alisha berusaha menyatukan rakan-rakan mentransformasi bilik darjah!

Menjadikan blog penulis novel Ain Maisarah yang mendekorasi rumah pink sebagai rujukan, misinya menceriakan kelas dengan beberapa cadangan:

  • Kelas dicat, barulah berubah wajah!
  • Lantai dialas karpet, mampu memberi suntikan mewah.

  • Meja perlu berbalut, lebih unik apabila dilapik span ala-ala bantal.

Idea sudah menarik, tetapi kewangan kelas hanya ada RM5. Jadi bagaimana mahu mengubah nasib?

Alisha turut mengalami masalah bilik tidur sendiri. Almari bukunya patah dan jatuh seperti nangka busuk! Malah meja solek turut rosak menyembah bumi. Alisha perlu lakukan dua Projek Dekor-Dekor sekaligus, amboi… macam interior designer pula! Mampukah Alisha berjaya? Ikuti segalanya dalam novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah.

Weight 0.2 kg
Material

Kertas Simili

Number of Pages

228

Printing

单色 Black & White

Size

19 x 12.8 cm

Year Published

2013

Publisher

PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD

Series

Komik M