Back Cover
Look Inside
Sale!

Mari Membaca Bersama Awie & Shasha [Tahap 2 ] (1 Set 6 Books )

Bilangan Perkataan diperkenalkan bagi menilai perkembangan perbendaharaan kata anak anda.

Tahap 1 (Mula Membaca)
Tahap permulaan ini terdiri daripada 6 buah buku. Setiap halaman mempunyai sebaris ayat pendek yang terdiri daripada tidak lebih patah perkataan. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sepatah atau dua patah perkataan baharu pada setiap halaman.

Tahap 2 (Mahir Membaca)
Jumlah ayat ditambah kepada dua baris ayat pada setiap halaman. Setiap ayat ditulis dengan teliti untuk membolehkan kanak-kanak mengecam perkataan dan membaca ayat dengan mudah.

Tahap 3 (Yakin Membaca)
Kemahiran membaca seterusnya diperkukuhkan lagi dengan tiga baris ayat pada setiap halaman. Jumlah perkataan baharu yang diperkenalkan di dalam setiap buku bertambah berbanding dengan buku sebelumnya.

RM37.80 RM30.62

97 in stock

SKU: KRM_201S2 Categories: ,

Siri Mari Membaca Bersama Awie & Shasha merupakan sebuah program bacaan yang diterbit khas untuk kanak-kanak. Program bacaan ini disusun di dalam beberapa tahap untuk membolehkan kanak-kanak belajar membaca secara berperingkat dan mengikut kesesuaian tahap mereka. Cerita-cerita di dalam siri ini memaparkan pengalaman dan kisah kehidupan harian kanak-kanak pada masa kini.

Siri ini terdiri daripada 18 buah buku yang dibahagikan kepada 3 tahap bacaan iaitu Mula membaca, Mahir Membaca dan Yakin Membaca. Setiap tahap mempunyai 6 buah buku yang diselitkan dengan kisah-kisah menarik

Setiap buku memperkenalkan perkataan-perkataan baharu secara berperingkat untuk membina perbendaharaan kata. Pemilihan perkataan adalah berdasarkan perbendaharaan kata asas yang sering digunakan untuk membina kemahiran membaca kanak-kanak. Sejumlah 590 patah perkataan baharu telah diperkenalkan di dalam program ini. Pemilihan perkataan dan Pembinaan struktur ayat dibuat dengan teliti untuk membolehkan kanak-kanak mencapai objektif setiap tahap bacaan.

Stiap perkataan baharu diberi dengan panduan suku kata agar kanak-kanak dapat mengenali dengan mengingati perkataan tersebut dengan mudah. Pemilihan perkataan dan penyusunan cerita dibuat dengan teliti dan mengamibil kira umur dan tahap bacaan kanak-kanak. Siri Mari Membaca Bersama Awie & Shasha ialah program bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak dan boleh digunakan di sekolah dengan panduan guru atau untuk pembelajarn sendiri di rumah. Siri ini juga berguna untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca. Dapatkan kesemua 18 buah buku untuk anak anda.

Weight 0.48 kg
Material

Kertas Simili

Printing

彩色印刷 Colour

Size

19.5cm x 19.5cm x 1.5cm

Publisher

Kohwai & Young Publications (M) Sdn Bhd