Look Inside

Alakudin & Lampu Tidak Ajaib

RM17.00 RM10.20

1 in stock

SKU: 9789670411088 Categories: ,

Ini sambungan kisah pengambaraan Fizz Fazlullah dan Tizz Tiranah di alam dongeng. Kes ketiga yang perlu diselesaikan melibatkan dilema Alakudin yang mengadu kehilangan jin lampu ajaib di dongeng padang pasir. Dia perlukan jin itu kerana ingin memohon hajat supaya dapat hidup bahagia bersama Puteri Wangi Jasmin.

Misi bermula dengan usaha mengesan di mana letaknya gua tempat Alakudin terperangkap. Bantuan dari Milo akhirnya menciptakan pertemuan bersama Alakudin, klien lelaki yang bersifat Raja Drama. Selepas berbincang mereka sepakat membuat pengumuman iklan menerusi radio Era Dongeng berkenaan kehilangan jin. Sesiapa yang memberi info tepat akan dihadiahkan ganjaran.

Tiga pemanggil gagal memuaskan hati kumpulan pencari jin kerana ternyata maklumat yang diberi semuanya palsu. Sia-sia membazir masa dan tenaga menuju ke lokasi yang kononnya dihuni jin. Alakudin terlalu kecewa, mengeluh, marah-marah dan mula berputus asa.

Tizz menasihati Alakudin sekaligus menukar rancangan asal. Mereka tidak akan mencari jin lagi. Mereka mahu Alakudin berusaha sendiri mendekati dan memikat hati Puteri Wangi Jasmin. Pelbagai modul dan kelas pun berlangsung. Demi mewujudkan transformasi unggul dalam diri Alakudin. Dalam pada itu, jin yang selama ini dicari-cari muncul sambil menunjukkan sokongan.

Weight 0.2 kg
Material

Kertas Simili

Number of Pages

312

Printing

单色 Black & White

Size

21cmx15cm

Year Published

1970

Publisher

PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD

Series

Komik M