Look Inside
Sale!

52 Cerita Fabel – Koleksi Sebuah Cerita Setiap Minggu

Lebih Daripada 100 Watak

RM39.90 RM14.90

4 in stock

Buku yang menarik ini mengandungi 52 cerita fabel mengenai haiwan dan manusia. Ia membolehkan kanak-kanak menikmati sebuah cerita seminggu sepanjang tahun. Dongengan dalam buku tersebut adalah berpandukan dongengan Aesop. Melalui penyuntingan yang teliti, ayat-ayat yang digunakan mudah difahami oleh kanak-kanak yang sedang membina keyakinan untuku membaca.

Dalam setiap cerita, tersirat pengajaran dan mutiara ilmu. Pengajaran bagi setiap cerita diringkaskan dan dipaparkan selepas cerita tersebut. Kanak-kanak akan dapat mengenalpasti watak-watak yang baik dan jahat, bijak dan bodoh, lemah dan kuat, dan pelbagai watak lain. Mereka akan dapat memanfaatkan pengajaran yang berguna, terutamanya dari segi berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.

Ilustrasi yang berwarna-warni dan ceria bertindak sebagai tanda visual mengenai adegan dan watak. Ia menambahkan keseronokan membaca serta membantu kanak-kanak memahami cerita-cerita tersebut. Buku ini adalah sesuai untuk koleksi perpustakaan pertama kanak-kanak!

Weight 0.66 kg
Material

Kertas Simili

Number of Pages

110

Printing

彩色印刷 Colour

Size

21.5cm x 30cm x 1.5cm

Publisher

Kohwai & Young Publications (M) Sdn Bhd